(rujukan ini tertakluk kepada sebarang perubahan dari pihak kami)
1) Bagaimanakah sekiranya ingin membuat tempahan?
Jawapan : Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-
a) Anda perlu mengisi 'Order Form' khas yang telah disediakan dalam blog ini. Dalam ruangan 'Order Details / Inquiry' , anda perlu memasukkan jenis barangan yang ingin ditempah, contohnya 'Corelle - Pretty Pink (PP-16pcs) dan Country Cottage (CC-18pcs)'. Kemudian masukkan kuantiti yang diingini, contohnya 'PP 2 set dan CC 3 set'.
b) Anda perlu membuat pembayaran online ke dalam akaun yang telah dinyatakan di dalam ruangan 'How To Order'.
c) Anda dinasihatkan utk membuat simpanan salinan sendiri (print-out) tentang pembayaran yang telah dibuat utk rujukan anda di masa hadapan.
2) Bolehkah saya membuat bayaran ansuran?
Jawapan : Ya, anda dibenarkan untuk membuat bayaran ansuran untuk barangan set CORELLE dan PYREX sahaja. Barangan lain tidak dibenarkan untuk membuat pembayaran secara ansuran. Sekiranya anda membuat belian barangan CORELLE melebihi 2 set dan dalam masa yang sama anda hanya membuat bayaran ansuran sebanyak 2 kali sahaja (1 kali deposit, dan 1 kali baki amaun), anda akan menerima free gift dari pihak kami.
3) Berapa kalikah bayaran ansuran yang dibenarkan?
Jawapan : Anda hanya dibenarkan untuk membuat pembayaran sebanyak 4 kali iaitu 1 kali untuk deposit (booking), 3 kali untuk 3 bulan ansuran. Contoh pembayaran ansuran tanpa faedah (interest)1 adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1
* Tarikh akhir pembayaran penuh yang perlu dijelaskan pada bulan ke-4 adalah bergantung kepada tarikh mula pembayaran deposit dibuat / tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak syarikat melalui salinan resit pembayaran yang akan diemailkan kepada pembeli .
4) Bolehkah saya membuat bayaran ansuran melebihi 4 kali?
Jawapan : Anda akan dikenakan Caj (Kos Tanggungan) setiap bulan bagi bayaran yang tertunggak iaitu bayaran yang masih belum dijelaskan lagi dalam tempoh 4 bulan (dari tarikh bayaran deposit dibuat). Caj (Kos Tanggungan) yang dikenakan adalah sebanyak 10% setiap bulan (bulan ke-5 dan seterusnya). Sila rujuk Jadual 2 utk contoh bayaran melebihi 4 kali (4 bulan berturut-turut). Sebarang pertanyaan dan perbincangan amat dialu-alukan.
Jadual 2.
* Kotak merah menunjukkan bayaran penuh yang perlu dibuat pada bulan berkenaan bagi menjelaskan amaun tertunggak untuk mengakhiri pembayaran ansuran.
** Kami akan memaklumkan kepada anda (update) berkenaan bayaran ansuran yang telah anda lakukan setiap kali pembayaran dibuat sehingga tamatnya keseluruhan baki amaun yang perlu anda jelaskan.
*** Sila klik pada gambarajah untuk melihat Jadual 2 dengan lebih jelas.
5) Bilakah barang yg ditempah boleh diperolehi?
Jawapan : Semua barangan tempahan boleh diperolehi/dipos selepas kesemua bayaran penuh (termasuk bayaran faedah - sekiranya ada) dibuat ke akaun pihak kami dan mendapat pengesahan bayaran dari pihak kami.
6) Berapa lamakah barang yg ditempah boleh diperolehi selepas kesemua pembayaran penuh dibuat dan disahkan?
Jawapan : Kami hanya membuat penghantaran apabila kami telah menerima maklumat tentang tarikh pengesahan bayaran penuh yang anda buat dari pihak bank. Sekiranya maklumat bayaran penuh yang kami terima adalah pada hari Jumaat (lewat petang), Sabtu atau Ahad, maka penghantaran akan dibuat pada hari Isnin iaitu pada hari bekerja. Tempoh penghantaran barang iaitu tempoh untuk barang sampai kepada anda adalah bergantung kepada pihak courier, dan biasanya ia hanya mengambil masa 2-3 hari (untuk pos ekspress/pos laju). Namun tempoh ini tidak termasuk cuti umum. Sebarang masalah yang kami hadapi berkenaan penghantaran (seperti kelewatan penghantaran, dll) akan dimaklumkan kepada anda melalui email yang anda nyatakan di dalam 'Order Form'.
7) Bagaimanakah saya boleh mengetahui perjalanan penghantaran (melalui pos) barang saya dari semasa ke semasa?
Jawapan : Anda boleh membuat pemeriksaan (checking) melalui 'track number' yang akan kami maklumkan kepada anda melalui email.
** Anda disarankan agar memaklumkan kepada pihak kami apabila anda telah menerima barang tempahan. Jika anda tidak memaklumkan kepada pihak kami selepas 7 hari dari tarikh penghantaran (melalui pos) barang dibuat, kami akan menganggap bahawa anda telahpun menerima barangan tempahan.
8) Adakah harga barangan termasuk kos penghantaran (melalui pos) ?
Jawapan : Tidak. Kadar pos bagi set CORELLE dan PYREX untuk Semenanjung Malaysia adalah RM30 (satu set) dan tambahan RM 15 untuk setiap set berikutnya. Sabah/Sarawak adalah RM45 (satu set) dan tambahan RM 25 untuk setiap set berikutnya. Pelanggan dari Brunei atau Singapura boleh berhubung dengan kami mengenai caj penghantaran melalui pos ke rumah anda.
9) Adakah wang deposit akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan barangan dibuat setelah bayaran deposit dilakukan?
Jawapan : Tidak. Kadar pos bagi set CORELLE dan PYREX untuk Semenanjung Malaysia adalah RM30 (satu set) dan tambahan RM 15 untuk setiap set berikutnya. Sabah/Sarawak adalah RM45 (satu set) dan tambahan RM 25 untuk setiap set berikutnya. Pelanggan dari Brunei atau Singapura boleh berhubung dengan kami mengenai caj penghantaran melalui pos ke rumah anda.
9) Adakah wang deposit akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan barangan dibuat setelah bayaran deposit dilakukan?
Jawapan : Tidak. Kami tidak akan memulangkan semula wang deposit anda (refund) sekiranya pembatalan tempahan barangan dibuat setelah pembayaran deposit dilakukan. Kami menggalakkan supaya anda membuat keputusan tempahan setelah anda benar-benar menginginkannya. Anda juga TIDAK boleh menukarkan barang yang ditempah dengan barang yang lain. Wang deposit hanya akan dikembalikan sekiranya barangan yang ditempah kehabisan stok dari pihak pengeluar.
Sebarang pertanyaan dari anda amat kami alu-alukan.
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.